Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog ini...AFWAN MINKUM..

Saturday, September 18, 2010

UnTa & MaJNuN


Di dalam salah sebuah kitab Syahid Murtadha Mutahari (Ulama Intelektual Modern Islam) yaitu kitab "Ozod e Ma'nawi" (Kebebasan Jiwa), menceritakan sebuah kisah perumpamaan dalam menjelaskan perbedaan diantara tuntutan jiwa (fitrah) dan keinginan diri (nafs).


Kisah ini beliau petik dari syairnya Sa'adi (tokoh sastrawan farsi) yang saya rasa sangat baik untuk di kongsi bersama.


Cerita itu berkisah majnun (salah seorang watak utama dalam syair ma'ruh arab Laila & Majnun) dengan seekor untanya. Majnun dari rumahnya berkeinginan untuk pergi bertemu Laila di satu tempat lain demi menyatakan dan menunjukkan kecintaannya yang menggunung terhadap Laila.


Lalu beliau (Majnun) mengambil untanya yang mana anak unta itu tadi ada di atas badan untanya Majnun. Majnun yang ingin cepat sampai ke sisinya Laila, telah mengangkat anak unta yang masih perlu susu ibunya itu, dan meletakkannya di dalam rumah lalu pintu rumahnya dikunci, dengan harapan unta ini akan lebih ringan dan lebih laju tanpa sebarang beban pikulan lantas cepat sampai ke maqsadnya (tujuan). Lalu dengan segera, Majnun menaiki untanya dan pergi menuju ke Laila.


Sekarang, untanya tadi mahu kembali ke sisi anaknya yang berada di rumah awalnya, sedangkan Majnun mahu berjumpa dengan Laila di satu tempat lain.


Di dalam perjalanan, Majnun khayal dan tenggelam dalam ingatan kepada Laila dan dirinya lemas dalam lautan cintanya terhadap Laila, tanpa sedar untanya yang merasakan Majnun melepaskan tali tambaknya berasa bebas dan berpusing arah kembali ke sisi anaknya yang berada di rumah awal tadi.


Tiba-tiba, Majnun terjaga dari khayalnya dan melihat dia dan untanya berada kembali di rumah awalnya, sekali lagi Majnun menaiki untanya dan menuju ke arah Laila dan seperti awalnya di dalam tengah perjalanan, Majnun kembali khayal dalam ingatan kepada Laila dan untanya merasa tali tambaknya di lepaskan lantas kembali lagi berpusing arah menuju ke rumah awalnya tadi.


Dan Majnun kembali sedar dan melihat bahawa dia berada di rumah awalnya. Dan Majnun kembali lagi dan begitulah berulang terus sampai beberapa kali.


Akhirnya Majnun tidak dapat memenuhi keinginannya dan kecewa di tengah perjalanan.




Nah, disini Syahid Murtadha Mutahari mengatakan bahawa diri kita sendiri (jiwa @ roh) sedang menaikki kenderaan yang beliau nisbatkan kepada badan (nafsu), yang mana kedua-duanya mempunyai kemahuan tersendiri dan saling bertentangan.




Jadi beliau mengatakan bahawa jangan kita lalai dan leka dan membezakan dan mengikuti diantara kemahuan fitrah dan kemahuan nafs. Sesungguhnya kemahuan nafs itu akan membawa kita kepada kecelakaan bila kita mengikutinya dan tunduk akan kehendaknya.

Sedangkan dengarkanlah dan ikutilah kemahuan asli dirimu yaitu kemahuan fitrah yang akan membawa kita menuju kesempurnaan.


wasalam


farazdaq fargas




Monday, September 6, 2010

HaRi RaYa haRi MeRDekA JiWA

Selamat Hari Kemerdekaan Jiwa (Aidilfitri)...saya ucapkan kepada semua kaum muslimin dan muslimat yang meraikkan hari merdeka kabir (besar) ini dan bilkhusus kepada semua pembaca muhibbinsemua.blogspot.com.

Moga dengan hari raya kali ini...membuahkan perubahan besar (kalu kecil pon boleh) di dalam sifat, pemikiran dan amalan kita selepas hampir sebulan kita memenjarakan dan menundukkan serta melatih hawa nafsu daripada melakukan hal-hal yang dapat merusakkan diri kita sebagai sebuah wujud manusia hakiki.

Dan mudah-mudahan jangan kita berfikir bahawa bila tiba hari raya, maka waktu kebebasan pon tiba dan kita bebas dari penjara lalu kembali berprilaku seperti sebelum bulan Ramadhan tanpa sedikit perbezaan atau perubahan. Kita kembali menjadi haiwan dan melakukan hal-hal yang merosakkan potensi eksistensi manusia hakiki dalam diri kita. (wah bahasa tinggi btl...faham ke x???)

Maka sama-sama kita jadi manusia yang sentiasa menghisap (bukan hisap sedut tp tahzib) diri dan berusaha menjadi seorang muslim sejati (bukan muslim celup2)..Insyallah

MiNaL AidIL wAl faEZiN

Saturday, August 28, 2010

AnDa biLE laGi???


mereka di Jakarta SUDAH menunjukkan ketidakpuasan atas kekejaman zionist di Palestine



Mereka juga yang di Iran SUDAH mengutuk kebiadapan Israel
(ehh org syiah jugak kutuk Israel ke??)



Mereka orang-orang Yahudi UK bersama warga UK SUDAH menjalankan tanggugjawab mereka membantah tindakan tidak berperikemanusian Israel
(eh orang yahudi n kristian pon menentang jugak ke??)



Mereka yang di Afghanistan juga SUDAH meneriakkan suara anti-Israel


Mereka yang di Pakistan SUDAH turun ke jalan-jalan demi menunjuk bantahan kekejaman Israel dan Amerika di Palestine
(aiik negara yang 24jam perang saudara pon ada mase nak berdemo ke??)


Mereka yang di Turki SUDAH berbaris demi mengutuk Israel


Mereka yang di Iraq SUDAH bersatu demi membela nasib saudara mereka di Palestine
(untuk al-quds walaupon tengah berperang sanggup 2 berpanas2)




ANDA SUDAH KE???????




Atau anda masih tidur????

Ayuh BANGUNNNNN..bersiaplah dan maju
demi pembebasan Al-Quds dan Pembelaan warga Palestine



Jumaat terakhir bulan Ramadhan demo hari Al-Quds sedunia

03-09-2010 selepas solat Jumaat

bermula di Tabung Haji KL sampai ke Kedutaan Amerika di Malaysia






Friday, August 20, 2010

BuaT aPa kOc WaNitA d LRT????

Kalau dulu Malaysia, sekarang Indonesia....pun turut sedar perlunya ini....demi keselamatan, kemudahan dan keselesaan masyarakat khususnya wanita

Bharian:Gerabak kereta api khusus untuk wanita dilancarkan minggu ini di sini dalam cubaan untuk mengelak insiden cabul dan gangguan seksual dalam pengangkutan awam yang sentiasa penuh sesak itu

MUNGKIN INILAH KENAPA ISLAM DARI DULU BILANG WANITA DAN LELAKI HARUS DIPISAHKAN DAN PERLU MENJAGA PERGAULAN SUPAYA MASING-MASING
BEBAS & SELESA BERAKTIVITI DALAM KEHIDUPANNYA......


So, keep it up, dan perlu diperluaskan lagi dalam sistem transpotasi di negara kita seperti bus, taxi dan beca (beca??perlu ke???heheh)


p/s: Para kaum Feminisme, korang kecundang lagi...masyarakat mula sedar

Tuesday, August 17, 2010

HaCHi PrOF. Di UniVERsiTi SeTiA


ANJING (bukan maki ye tapi nama seekor binatang)!!!, apa yang anda terfikir bila disebut perkataan itu?? Apa sifat pertama yang terlintas bila anda bayangkan anjing??.


Ramai dari kita yang tidak tahu keistimewaan dari wujudnya anjing yang tuhan ciptakan. Kita memandang bahawa anjing adalah seekor binatang najis, jijik dan ganas. Ramai dari kita yang langkah seribu bila terserempak dengannya (teringat plak kisah silam di kejar anjing heheh).


Ada pepatah melayu mengatakan "Bagai melepaskan anjing tersepit", yang pada pandangan saya kurang tepat (kecuali kalau anjing gile). Kerana anjing merupakan binatang yang pandai berterima kasih dan jika ia menyerang itupun dikerana tindak balas akan instintnya sendiri demi pertahankan dirinya bila terasa diancam (selfdefense) dan ini adalah hal yang lumrah berlaku pada semua makhluk.


Cuma ada satu sisi sifat lain yang dilupakan atas wujudnya anjing, yaitu SETIA. Anjing merupakan satu-satunya binatang yang setia akan tuannya. Anjing akan sanggup buat apa saja demi melindungi tuannya dan hanya setia pada satu tuan, tidak ada erti menduakan tuan dalam kamus anjing.


Allah itu maha Bijaksana dan Adil, kerana setiap ciptaannya mempunyai keistimewaan masing-masing. Allah meletakkan sifat setia kepada anjing, untuk menjadi pelajaran atas manusia yang mempunyai akal, menjadi contoh dan tauladan (bukan suruh jadi anjing plak heheh).


Ramai dari kita (manusia) yang pengkhianat tidak kira dalam hal-hal ketuhanan, persahabatan, percintaan atau dalam kehidupan. Kita malah mengkhianati diri kita sendiri. Kita tidak memahami erti kesetian yang sebenar. Malah yang lebih parah, kita binggung kepada siapa yang kita harus setia dan kita sering meletakkan sifat kesetiaan pada tempat dan orang yang salah. Sebab itulah, tidak hairan jika ramai yang kecewa dalam bersetia, kerana kesetiaannya dibalas dengan pengkhianatan. Ini semua dikeranakan kita setia pada mereka yang tidak layak untuk bersetia, dan pada mereka-mereka yang tidak pandai dalam menghargai kesetiaanya seseorang.


Dalam masa yang sama, kita lupakan bahawa ada seseorang yang paling layak dalam kita menunjukkan sifat setia kita kepada-Nya. Kita selalu abaikan-Nya, dan kita malah mengkhianati-Nya dalam tindakan kita sehari-hari. Sedangkan, hanya dialah yang paling pantas dan layak dalam menerima kesetiaan kita. Dialah yang maha Pengasih dan Penyayang.



Filem "Hachi A Dog's Story", adalah sebuah filem yang saya anjurkan untuk ditonton oleh semua orang terutamanya pada mereka-mereka yang tidak memahami erti kesetian dan mahu mengetahui bagaimana kesetiaan yang sebenar. Filem ini sangat bagus untuk ditonton dan pasti tidak akan menghampakan penonton kerana penuh dengan pesan-pesan moral terkait soal kesetiaan (wah promosi lah plak, tapi komisyen xdpt ni heheh).


Filem yang dilakokan oleh Richard Gere, mengisahkan seekor anjing yang dia jumpa ketika mahu pulang ke rumah dari universiti tempat kerjanya sebagai profesor. Anjing yang pada jatuh dari express post itu, dipilihara oleh Paker Wilson (Richard Gere) sehingga besar. Dan menjadi kebiasaan Hachi (anjing) untuk menunggu di depan station kereta api yang dekat dengan rumah Paker bagi menyambut kepulangan tuannya dari tempat kerja dan pualng bersama.

Pada satu hari seperti biasa, Hachi akan menunggu kepulangan Paker di depan station tetapi kali ini lain dari lain, kerana Paker tidak muncul dari station itu. Hachi tidak berganjak dari tempat itu dan menunggu sehingga paker pulang.

Ternyata Paker telah meninggal dunia, dan Hachi tetap setia menunggu tuannya dan berdiri di depan pintu station pintu yang selalu dilalui Paker, sampai akhir hayatnya.


Filem ini sangat menyayat hati setiap yang menonton (tidak kira lah samseng ke mafia ke selagi da hati pasti menangis...gerenti punye hahaha).


So, selamat menonton....


*PERINGATAN: perhatikan kepada siapa yang kita harus setia dan jangan salah orang dalam bersetia , kerana nanti balasannya adalah kekecewaan.



wasalam



farazdaq fargas